Saturday 4 October 2014

Tips banyakkan Air susu

Assalamua'laikum.. Apa kabar semua ibu2? Baby masih menyusu badanke? Ok arini emy nak kongsikan tips secara tradisional macam mana nak buat supaya air susu ibu bole bertambah banyak.Sebelum tu, emy nak perkenalkan diri. Emy merupakan seorang ibu yang menyusukan anak dari tahun 2009 sampaila sekarang dan telah mengandung sebanyak 2x dengan keadaan masih susukan anak. Ertinya sudah 5tahun berturut2 emy susukan anak tanpa henti walau sehari pun.

Masa anak pertama lahir, emy susukan anak pertama (syasya) dari baby sampaila berumur 9bulan. Then emy mengandung anak kedua (qira). Walaupun mengandung emy tetap susukan anak dan telah mendapat kritikan hebat dari nurse. Tapi Emy Tak Kisah. bahkan siap susukan Syasya masa tengah sakit contraction mo beranakkan qira.Emy masih susukan qira walaupun usia qira Pada 14 Disember Ini Genap 4Tahun. Pelbagai Cara Dilakukan Supaya Qira Berhenti Menyusu Tetapi Belum Berjaya. Hehe. Tetapi Emy Tidak Kisah. Jika Itu Mampu Untuk Memberikan Keceriaan Kepadanya Alhamdulillah.Ok. Cukup cerita pasal emy.. arini emy nak bagi tips macam mana nak banyakkan tips banyakkan air susu secara tradisional. Memang rumit, leceh tapi bole bantu untuk banyakkan air susu ibu2. Ok ni antara list yang boleh digunapakai oleh ibu2 ya.


* Tips yang ibu2 boleh gunakan ialah masak buah betik muda then makan dengan nasi. Cara masak? Bole masak gulai, bole masak dengan sayur sawi, or bole rebus macam tu je and makan.

* Tips yang kedua ialah cari jantung pisang dan masak gulai. Amalkan makan jantung pisang semasa dalam pantang juga sgt bagus. So bole try yea nanti.

* Tips ketiga pula anda bole rebus jintan hitam dan amalkan buat minum semasa masih suam. Masa dulu emy minum jintan every time abis breastfeed anak. Ambil sesudu kecil sahaja dan masukkan dalam mangkuk kecil dan rebus pada kadar perlahan.

* Ada juga yang serasi banyakkan air susu dengan meminum kopi. Walaupun emy xpernah minum kopi utk banyakkan air susu (sebab takut caffein bole sebabkan gastrik), tetapi ada juga ibu2 yang tiada masalah gastrik dan amalkan meminum kopi ketika menyusukan anak.

* Ada juga ibu2 yang mengambil lobak putih untuk membanyakkan air susu. Caranya adalah dengan ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

* Ibu2 juga bole try masak jantung pisang untuk banyakkan air susu. Emy xmakan jantung pisang so emy xpasti how it works on me. Tapi adik emy makan jantung pisang tiap ari n air susunya meleleh2 kuar.

* selain jintan hitam, ibu2 boleh try guna kurma merah atau longan kering untuk banyakkan air susu. Caranya sama mcm jintan hitam. Rebus dan ambil airnya minum suam2. Kurma merah juga sangat bagus untuk menaikkan kandungan darah pada badan.

* Selain daripada masakan, anda juga bole mencuba petua seperti melayurkan daun sirih pada buah dada anda dengan tujuan untuj membanyakkan air susu. Caranya adalah dengan layurkan daun siri pada api yang perlahan. Sapukan daun siri tersebut dengan minyak telon atau kayu putih. Letakkan pada buah dada. Amalkan petua ni dan berdoa semoga air susu anda bertambah. 

* Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.


* Selain dari itu, anda harusla kerap menyusukan anak dan buat power pumping utk menggalakkan pengeluaran air susu. Ada petua mudah emy dulu selalu buat.. cth jam 1 emy susukan anak seblah kanan. Then rest jam 3 sambung susukan anak pakai seblah kanan lagi. Pas susukan anak emy terus pam seblah kiri dengan tujuan untuk banyakkan air susu. Berhasil. Paling kurang mesti 5oz dapat. Ibu2 pun bole try petua emy.


Masa anak emy kecik, syasya dan qira menyusukan Tanpa Henti  kiri dan kanan susu. So memang air susu keluar tanpa henti sampaila umur qira setahun. Bila qira berumur setahun, emy susukan anak buah dan kini emy ada 5orang anak. 2orang emy telah lahirkan sendiri, 3orang adalah anak susuan. Masa usia anak kedua masuk 2tahun, air susu xsemeriah awal2 dulu. Then emy tengok anak kedua xda tanda nak wean off. Jadi apa emy buat? Emy amik shaklee. Emy try alfalfa dan esp untuk banyakkan dan pekatkan air susu. Emy bole nampak air susu yang sebelum ni cair bole jd pekat melekit. Emy sendiri telah mencuba nya. Memang terbaek dan recommended untuk ibu2.Apapun yang ibu2 buat, ingat satu perkara. Anda ingin susukan anak kerana ingin anak mempunyai khasiat yang terbaek untuk anak. Jadi dapatkan support dari suami, ibu, dan orang sekeliling. Menyusukan anak memerlukan ketahanan dari segi fizikal dan mental. Prepare urself dengan apa2 kemungkinan cthnya macam penat, tidak larat, tidak sempat dan sebagainya.Jika anda perlukan bantuan khidmat nasihat, emy bole berikan khidmat nasihat secara percuma. Tiada masalah. Wassap emy di talian 0143643214 untuk pertanyaan lebih lanjut. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamua'laikum.


Shaklee tuaran - putatan - tuaran
Shaklee independent distributor
931613
014-3643214

2 comments:

  1. Nice info!! persediaan untuk penyusuan 2nd baby..wish me luck!!
    (mood: menunggu baby taknak keluar2..huhu)

    ReplyDelete
  2. Insyallah my dear.. baby xnak kuar tu xpa sbb anak2 emy semua due more than 3days.. hehe.. u can do it!! Bf ur child sampaila 2tahun yea.. aminnn

    ReplyDelete